Isnin, 26 Ogos 2013

Cara Nak Buat Sifir Tanpa Menghafalnya


Sifir

Langkah pertama untuk buat sifir bagi orang yang susah nak ingat sifir adalah dengan menggunakan kotak ni. Terdapat dua jenis kotak. Kotak pertama khas untuk sifir bagi nombor ganjil seperti 1, 3, 5, 7, 9. Manakala kotak kedua pula untuk nombor genap seperti 2, 4, 6, 8.
Nombor Ganjil

Ini kotak bagi membuat sifir bernombor ganjil. Ingat kotak ni. Pasti boleh buat.

-         Mula-mula buat anak panah ni.
-         Lepastu cakap sahaja nak sifir apa.
-         Katakanlah nak buat sifir 7.
-         Lihat nombor 7 yang telah dibulatkan itu.
-         Lihat pula anak panah yang dilukis.
-         Anak panah naik ke atas, jadi kita akan tulis dari 7 diikuti 4, 1 dan turun balik dekat 8 dan naik pula, sehingga sampai habis .

-          Macam buat sifir biasa jerlah.
-         Tapi ni belum siap lagi.
-         Sesetengah nombor perlu tambah sesuatu nombor dihadapannya.
-         Contohnya selepas 7, nombor 4 pula yang muncul. Padahal, nombor 14.
-         Oleh itu kenalah tambah sendiri.

-         Lihat ni, nombor 2 dan 4 berulang.

-         Jadi jangan anggap lepas tambah 1 dihadapannya, bukan semestinya diikuti dengan 2, padahal ia bergantung pada sifir itu sendiri.

-         Cara ini digunakan hanya untuk membantu sahaja.

-         Kadang-kadang kita keliru antara sifir 7 dan 8.

 Nombor Genap
Manakala bagi nombor genap kotak ini pula digunakan.

Macam sifir 2 sahaja. Tetapi apabila sampai pada 10, kita hendaklah tulis 0 sahaja dan mulakan semula dengan 2.
-         Caranya sama sahaja macam tadi.
-         Buat kotak macam ni.
-         Lepas tu lukis anak panah.
-         Kotak ini digunakan untuk membuat sifir 2, 4, 6, 8.

Sifir 9
Banyak cara nak buat sifir 9 ni.
Antaranya gunakan tangan.
-         Cuba angkat tangan anda dengan keadaan sepuluh jari dibentangkan.
-         Jari kelingking @ jari anak pada tangan kiri diturunkan. Anda akan lihat 9 jari sahaja lagi yang tinggal. Ini mewakili 1 x 9 = 9.
-         Kemudian, angkat jari kelingking dan turunkan jari manis pula. Anda bayangkan jari kelingking pada tangan kiri anda seolah-olah nombor 1 dan 8 jari yang seterusnya mewakili nombor 8. Ini mewakili 2 x 9 =18. Faham tak???
-         3 x 9 juga sama sahaja caranya. Tukar jari sahaja. Angkat jari manis tadi dan turunkan jari hantu pula. Ia akan jadi 27.
-         Begitu sahaja seturusnya pun. Hanya 1 jari sahaja yang diturunkan.

Cara lain pun ada lagi,,,
-         Buat garis sifir yang biasa.
-         Kemudian, mulakan 0 dari bawah diikuti 1,2,3,4,5,6,7,8,9.

-         Ia akan jadi macam ni. Tetapi perlu tambah nombor dihadapannya. Bermula dari 8, tambahkan 1 dihadapannya. Ia akan jadi 18. Dan lakukan ini untuk seterusnya diikuti dengan nombor 2,3,4,5,6,7,8,9.

Sifir 8
Sifir lapan cara ini susah sikit. Tetapi bila kita tahu caranya pasti boleh buat.
-         Pertama sekali buat garisan macam selalu nak buat sifir.
-          Tulis 0 dari bawah. Diikuti 2,4,6,8. Buat dua kali. Gandakan 2.

-         Lepas tu tambah nombor dihadapannya. Bermula 1 pada nombor 6 dan seterusnya. Tetapi perlu ingat, apabila sampai sahaja nombor 0 yang kita perlu tambah 4 dihadapannya, 4 akan diulang sekali lagi. Dan buat yang lain macam biasa.
Itulah yang mampu saya kongsikan kepada anda tentang bagaimana untuk membuat sifir. Saya harap ia mampu menolong serba sedikit untuk anda membuat sifir dengan lebih mudah.
SELAMAT MENCUBA!!!
Disediakan oleh :
Nur Arifah Binti Kadri
Pelajar tingkatan 3







1 ulasan: