Kucing is my soul

Kucing ni comel, tapi ada orang yang geli laa, rimas laa, takut laa... Mrmm. Kalau pasal asma ke faham laa jugak. Tapi yang sebab tak munasabah ni.

Kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Sepatutnya kita haruslah menyayangi jugak haiwan yang satu ini. Secara tidak langsung akan memupuk perasaan kasih sayang kita terhadap haiwan.

Tapikan, bila aku baik sangat dengan kucing sampai bagi depa masuk rumah bagai, mak aku akan marah. Bukan apa, diorang ni bila kita kasi muka banyak mulalah berak dalam rumah, tidur atas katil, curi ikan mak baru goreng dan macam-macam lagilah jenayah. Kadang-kadang kalau diorang buat jenayah, aku berusaha tutup supaya mak tak tahu... Hahaha

Yang best pasal kucing, bila aku cakap dengan diorang kadang-kadang diorang lebih memahami aku. Bila aku cerita benda-benda sedih, diorang pun macam rasa apa yang aku rasa. Bukan tu ja, aku jugak suka tengok tingkah laku diorang, masa diorang makan, masa diorang minum, masa diorang main, masa diorang mandi dan paling best kacau masa diorang tidur...

Aku suka kacau kucing-kucing tengah tidur terutamanya 'Blick'. Bila dia tidur macam-macam style dia suka buat... Tangan kat atas laa, terlentang laa, tidur sambil tindih kawan dia laaa.... Dan bila Blick taknak tidur dia terganggu oleh aku, dia akan tidur di tempat-tempat yang tinggi, susah untuk kacau... Bila difikirkan balik, dulu aku suka sangat kacau ketiak Blick yang tidur sambil angkat tangan... Hahaha.

Tapi apa-apa pun, Blick dah lama pergi... Blick yang aku kenal dahulu seekor kucing yang penyayang sebab dia jaga adik dia, sweet sebab pandai ambik hati aku, hensem sebab memang dia pandai bergaya, caring sebab dia selalu ambil berat pasal abang-abang dia... Bulu dia warna hitam, kaki dia ada stoking, ekor dia macam bengkok tapi pendek aje.

Maaflah gambar Blick saya tak boleh kongsikan sebab buat masa ini bila saya ternampak gambar Blick saya akan sedih...

Kucing arrogant bulu hitam manis 

Ulasan

  1. saya ni kakcik

    saya suka ckp dgn 🐈 sampa org pelik dgn saya haha.tapi sebenarnya saya cuba untuk memahami perasaan kucing.
    lagipun kadang-kadang​ bercakap dgn manusia lebih menyakitkan hati je😌😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing ni walaupun tak balas apa2 bila kita ckp tapi diorang paham aje, tu yang bestnya kucing2 nih

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

INFO DADAH

Cara Nak Buat Sifir Tanpa Menghafalnya