Khamis, 7 September 2017

Cara mudah baca dan faham

KONSEP PEMBACAAN
·         Maksud Pembacaan
Mendapatkan maklumat dari buku atau mengasimilasi tulisan, perkataan atau perhubungan individu dengan maklumat melalui pembelajaran visual yang melalui beberapa peringkat:
1.       Pengetahuan
Pembaca mesti tahu symbol huruf abjad. Ia mesti wujud sebelum pembacaan berlaku.
2.       Asimilasi
Proses fizikal yang melibatkan pembalikan cahaya dari perkataan yang diterima oleh mata dan diterjemahkan oleh saraf optic pada otak.
3.       Intergrasi Dalaman
Pemahaman asas yang melibatkan semua bahagian maklumat yang dibaca dengan bahan-bahan berkaitan.
4.       Intergrasi Luaran
Merangkumi analisis, kritikan, penghargaan atau penentangan. Satu proses yang menyebabkan gabungan seluruh pengetahuan lama dengan pengetahuan baru.
5.       Penyimpanan Maklumat
Penyimpanan maklumat selalu menjadi masalah kepada pembaca. Penyimpanan maklumat penting untuk membantu murid mengeluarjan kembali maklumat semasa peperiksaan.
6.       Pengeluaran Maklumat
Kebolehan mengeluarkan maklumat apabila dikehendaki.
7.       Komunikasi
Keperluan untuk menggunakan bahan-bahan yang dibaca terutamanya keupayaan berfikir.

MASALAH PEMBACAAN
Masalah berhubung dengan pembacaan

·         Penglihatan
·         Kelajuan
·         Pemahaman
·         Motivasi diri
·         Faktor masa
·         Sukar menganalisi
·         Tidak gemar membaca
·         Kurang konsentrasi
·         Jumlah perkataan
·         Menyimpan maklumat
·         Persekitaran tidak merangsangkan pembacaan
·         Bacaan melompat ke belakang
·         Perbendaharaan kata
·         Mengingat kembali

SEBAB MASALAH PEMBACAAN TIMBUL
v  Cuba membaca setiap perkataan
v  Pergerakan mata lambat
v  Tidak faham apa yang dibaca
v  Tidak memberi tumpuan dengan apa yang dibaca
v  Gangguan luar seperti bunyi bising
v  Cuba menyebut setiap perkataan
v  Penglihatan kabur
v  Lemah pembendaharaan kata
v  Tiada motivasi
v  Malas membaca
v  Membaca melompat-lompat

PETUA MEMBACA DENGAN BAIK
1.       Niatkan membaca
Bisikan pada hati bahawa anda membaca untuk menambah ilmu dan anda memohon kepada Allah agar memudahkan anda faham serta ingat pada apa yang and abaca. Mulakan dengan membaca Bismillah dan membaca doa.
2.       Tenang
Duduk dengan cara yang menyelesakan anda. Belakang ditegakkan agar anda dapat belajar membaca dan bernafas dengan betul dan selesa.
3.       Beri tumpuan
Cuba berada dalam suasana yang memudahkan anda membaca tanpa gangguan seperti elakkan dari membaca berhampiran dengan tingkap. Fokus kepada apa yang sedang anda baca. Kalau boleh anda elakkan dari sebarang bentuk gangguan dan kebisingan. Beri tumpuan penuh terhadap bahan yang dibaca. Boleh sediakan soalan membaca dan pilih jawapan kepada soalan ketika membaca.
4.       Kedudukan buku
Jika anda membaca dengan cara menjauhkan buku dari mata anda, ianya bukan sahaja berfaedah menjaga kesihatan mata, malah ia juga membolehkan anda membaca dengan lebih pantas dan mengingat dengan lebih baik kerana anda dapat gambaran seluruh muka surat. Kedudukan buku sebaik-baiknya adalah 46cm-60cm.
5.       Gerakkan mata
Cara membaca yang betul ialah mata sahaja yang bergerak dan bukannya kepala. Gunakan jari telunjuk untuk membantu anda ketika membaca iaitu untuk menolong anda menunjukkan ayat-ayat yang and abaca.
6.       Perkataan
Membaca hendaklah dilakukan dengan “mengenal” bukannya “mengeja”. Apabila bertemu perkataan sukar hendaklah merujuk kamus.
7.       Kelajuan
Kelajuan sederhana merupakan cara yang baik untuk membaca secara umumnya. Dan cuba sesuaikan kelajuan membaca itu dengan susah senangnya bahan yang and abaca. Elakkan daripada membaca dengan terlalu laju dan terlalu perlahan. Baca cepat untuk mendapatkan idea utama.

[Itu sahaja perkongsian saya harap kita mendapat manfaat darinya... Thanks sudi baca 😆]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan