Jumaat, 22 Disember 2017

Permudahkanlah...


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kawan-kawan. Harini saya nak update mengenai kos yang saya ceburi untuk degree (ijazah sarjana muda) . Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini dan banyak kali dah diri ini mahu menyerah diri. Tapi itulah setiap manusia telah janjikan rezekinya masing-masing oleh Allah S.W.T. Dengan itulah aku sahut cabaran ini walaupun ianya amat perit untuk diceritakan apatah lagi untuk diharungi. Cewah ayat ^_^.

                Setelah saya Berjaya menamatkan pengajian di kolej matrikulasi, saya bercadang untuk menceburi bidang ICT. Sememangnya saya isi dalam upu kos ada kena mengena komputer bla bla blaa… Bagi saya, bidang yang melibatkan pengiraan atau formula memang saya cepat faham dan boleh bawa.

                Cuma nak dijadikan cerita, saya ubah pilihan kos saya dengan kos sarjana muda fisioterapi di saat-saat akhir dan kebetulan memang saya dapat kos tu. Pada mulanya saya seronok sebab saya pilih kos ni atas kerelaan diri saya memandangkan mak saya selalu sakit kaki jadi manalah tahu saya boleh bantu mak saya dengan menceburi bidang fisioterapi.

                Sayang sekali pada mulanya saya mimpikan yang indah sahaja tapi akhirnya tak sangka belajar benda ni sememangnya susah sebab banyak gila perkara yang perlu dihafal. Tambahan lagi, saya sudah laa tak suka berkomunikasi dengan orang pastu tetiba kena ubah cara hidup saya 360 darjah untuk memberi khidmat sepenuh jiwa raga dari segi fizikal dan mental. Allahu…

                Sekarang saya masih di sem 1 masih tak dapat melihat hala tuju kehidupan saya dan berharap semua ini akan berakhir dengan cepat. Saya jenis yang tak suka mengeluh tapi dah jadi macam ni saya dah tak tahu nak cerita kat siapa. Semoga Allah mempermudahkan saya boleh membawa kos ini dengan jayanya sebab bagi saya apabila sudah terjebak saya pantang berundur. Sekian.