Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

INFO DADAH

APAKAH ITU DADAH? -Dadah ialah bahan kimia yang dapat mengubah fungsi badan dan kelakuan seseorang. -Dalam bidang perubatan, dadah digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit kepala dan sebagai ubat tahan sakit. -Bahan ini boleh menyebabkan ketagihan dan menjejaskan fungsi sistem saraf pusat. PENYALAHGUNAAN DADAH -Penyalahgunaan dadah ditakrif sebagai penggunaan dadah untuk tujuan selain perubatan. -Pengambilan dadah secara berulang kali boleh menyebabkan kesan ketagihan, iaitu badannya akan bergantung secara fizikal ka atas dadah. -Akta Dadah Berbahaya 1952 telah diwujudkan untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah. JENIS-JENIS DADAH -Opiat (candu, heroin, morfin dan kodein) -Stimulan (syabu, ecstasy dan kokain) -Ganja (ganja, hashish) -Halusinogen (LSD, meskalin) -Depresen -Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna KESAN-KESAN DADAH -Dadah seperti Amfetamin merencatkan pengeluaran h…