Isnin, 12 Disember 2016

Jalan-jalan Cameron Highland

Baru-baru ini aku sekeluarga ada melawat Cameron Highland. Ini masuk kali ketiga aku melawat tanah tinggi ni. Kali pertama aku melawat di tanah tinggi ini pada tahun 2013 iaitu pada masa aku tingkatan 3. Maklumlah kalau dulu sekolah memang memanjang ada lawatan jaa. Kebetulan ada duit sikit masa tu ikut laa classmates pergi Cameron Highland. Bagi aku kat Cameron Highland ni tak banyak yang berubah, dari segi suhunya, tempat melawatnya, makanannya dan buah tangannya memang tak banyak yang berubah kecuali harganya jalahh…hahaha.. maklumlah ekonomi sekarang kan tak menentu.

             Banyak benda best boleh buat kat Cameron nihh.. Kalau rasa banyak duit, boleh haa merasa berbagai-bagai jenis makanan kat sana seperti aiskrim, teh, coklat strawberi, nasi lemak sambal strawberi opss πŸ˜‚ dan macam-macam lagi lah. Tak lupa jugak korang kalau boleh kat sana memang tempat best shopping. Bukan apa, kat sana ada macam-macam lah benda comel yang buat hampa rasa nak beli. Aku pun tak terkecuali beli bantal laa, t-shirt laa, dompet laa, keychain laa dan macam-macam lahh… habis duit aku, hahaha.

             Kalau Cameron Highland tanpa pokok-pokok dan bunga-bungaan memang tak sah. Aku paling suka tengok bunga banyak kat sana yang berbagai-bagai jenis warna, bentuk dan spesies. Bab spesies ni memang aku tak sempat nak menelaah satu-satu, kalau korang nak tahu baik korang gerak sendiri ke Cameron Highland sendiri okeyy. Tapi serius aku cakap bunga-bunga kat sini memang lawa rasa macam nak bawak balik rumah jaa. Tapi apakan daya, bunga-bunga ni semua tertanam di tanah tinggi Cameron Highland jaa, nak bawak balik memang tak boleh… mati reput jaa nanti, hahaha. Pastu apa lagi swafoto jaalaa dengan bunga-bunga nih semua. Boleh jugak tatap selalu buat kenangan, hahaha.

      Okeyy, sampai di sini sahaja cerita aku. Ngantuk nak tidur. Esok ada kelas yang menjadi simbol sem 2 mula esok... huwaaa😭 Feeling sad kejap sambil layan gambar kenangan manis di Cameron Highland. Bye!



Aku dan ladang teh
Pokok
bunga
Aku dan pokok bunga
Aiskrim strawberi
Bunga-bungaan

p/s: maaf sebab buat caption semua hambar, moga terhibur 😁




Ahad, 27 November 2016

My Life


Lama sudah rasanya tak menaip. Apatah lagi menulis cerita. Bukannya takde idea ke apa, tapi masanya tiada.
                Rasanya baik straight to the point ja apa dalam kepala hotak aku sekarang. Aku nak cerita panjang-panjang memang tak laa. Tapi nak start dari mana hahh?
                Baik mulakan cerita pasal sem 1 yang baru habis ni, sebelum ianya basi ditelan zaman. Hahaha.
                Nama pun baru sem 1, ada apa ja… Sapa yang cakap macam tu haa, sem 1 laa penting, keperitan baru nak bermula. Memandangkan aku kat matrik ni ada 2 sem jaa, sem 1 ni sangat berharga. Sem 1 ni lah yang menentukan masa depan aku untuk sambung belajar nanti. Kalau pointer aku bagus, dah tentu-tentu senang ja nak isi upu nanti. Tapi kalau teruk, habislah…


Okey, tak nak cerita yang tu. Nak cerita classmate ar. Tudia wajah-wajah classmates aku. Bagi aku depa semua baik-baik belaka, sporting-sporting belaka, pandai-pandai belaka dan lawa-lawa belaka. Depa lah yang banyak dorong aku belajar dalam suasana yang baru.  Bukan senang aku nak sesuaikan diri apabila kena belajar semua dalam bahasa inggeris. Depa-depa ni lah banyak men’translate’ kat aku perkataan yang aku tak berapa nak paham.

Ni pulak Afiqah. Kat sini aku rasa dialah yang jadi kawan baik aku. Kami selalu study sama-sama, lepak sama-sama dan ada masalah pun sama-sama. Afiqah ni terer makeup uolls. Tengok sekali saja dia tau urat ni patut pakai lipstick warna ni, kulit macam ni kena pakai foundation nih, ngheee macam-macam lah. Afiqah jugak terer subjek bi, jadi memang banyak bendalah aku selalu rujuk dia kalau tak paham itu ini. Memandangkan aku terer bab-bab math ja, dia pulak akan tanya aku math. Bagi aku, dialah satu-satunya kawan yang berhati lembut. Selama kami berkawan, aku selalu tengok dia bagi makan kucing laa, kadang-kadang benda-benda simple pun dia selalu terasa sampai menangis kat aku, tapi bila part dia happy aku paling seronok sekali.

Bila weekend pulak, aku suka lepak dengan Yana. Kami selalu tengok movie sama-sama. Sebelum ni ada la jugak riadah pagi-pagi. Hahaha. Aku rapat dengan Yana pun sebab Yana ni kawan Mai roommate aku. Pastu Yana ni jugak roommate Anis kawan sekolah aku. Disebabkan selalu berjumpa, kami jadi kawan baik. Sebenarnya dalam diam-diam aku nih, aku kagum dengan dia. Aku kagum sebab dia kemas, walaupun masa kat matrik ni sangat padat, terhad dan singkat. Macam mana haa nak habaq, mrmm… senang cerita Yana ni tak serabutlah. Hahaha. Paling geram sekali sebab suara dia lembut sangat. Pastu sebut huruf “s” tak jadi. Mula-mula dulu rasa kelakar tapi dah lama-lama benda tu biasa jaa.


Paling lama masa aku terluang dengan sapa lagi kalau tak dengan roommate sendiri. Depa lah yang sanggup tahan bila aku buat bising, buat semak, buat perangai pelik-pelik dan tidoq. Selalu kami lepak tiga jaa… Jiashin selalu takde dalam bilik. Kalau Jia dalam bilik, masing-masing kena behave, takut-takut kami ganggu dia study… hahaha. First sekali nak cerita pasal zira. Ada benda aku pelik dengan dia nih. Dah lama dah perghati. Dia jenis yang tak bukak whatsapp, tapi selalu dengan phone. Dia buat apa dengan phone dia tuh? Takpe lah, asalkan dia bahagia… Aku bersyukur sangat dapat roommate macam zira nih. Bukannya apa, bagi aku dia ni baik sangat. Kalau hang tak makan lagi nanti tak lama dia tolong belikan makanan kat hang. Kalau hang ada masalah ka apa, nanti dia mulalah bagi nasihat tu ini. Sampai kami panggil dia ‘mak’ larh. Hahaha. Kalau aku dengan Mai, dua-dua perangai nak dekat sama jaa. Masa ja berbeza. Time aku rajin dia malas, time aku malas dia rajin. Dia layan korea, aku pulak layan movie. Time aku baca buku bio dia tidoq, aipp… hahaha. Sorry Mai. Tapi dia ja boleh tahan benda karut-marut yang aku buat tanpa pengetahuan zira. Hohho… Apa-apa pun, aku dah anggap depa sebahagian daripada family aku dah. Kalau tak dak depa, sah-sah aku ‘bosang’ macam sekarang cuti sem haa.              

Sabtu, 25 Jun 2016

Third week at college

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Bermula hari ini genap laa 3 minggu aku berada di Kolej Matrikulasi Perak (kmpk). Tak sangka kan rezeki aku selepas spm dapat sambung matrik pulak. Sememangnya upu yang aku isi pun dapat jugak, pilihan pertama gitu iaitu sains aktuari di uitm tapah. Walaupun dapat upu apa yang aku nak, bila difikirkan balik biar laa sambung matrik dulu sebab tak perlu tanggung hutang dua kali kan. Lagi pun matrik ni dapat elaun, belajar pun setahun je kut... so di sini jimat duit, jimat masa laa.

Buat masa ni kehidupan aku kat matrik best sebab kawan-kawan kat sini tak ubah seperti keluarga aku sendiri. Depa la yang banyak bantu aku, layan perangai aku, sekepala, susah senang bersama dan macam-macam larh. Senang cerita so far so good. Hahaha

Cara belajar di sini aku tak tau lagi sebab baru 3 minggu kutt. Tapi bagi aku yang kelahiran anak jati utagha memang ada kejutan bahasa laa sebab kat kmpk ni kebanyakannya cakap biasa saja, takdak la loghat pekat macam aku nih. Tapi it's ok, depa pun suka bila aku cakap macam tu... unik gitu. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Apa-apa pun kat sini aku kena practice speaking english laa sebab classmates aku semua pandai-pandai speaking terutama sekali Chinese dan Indian.

Alright, sekarang cakap pasal rakan sebilik pulak. Semuanya ada 4 orang satu bilik dan sorang dalam bilik aku ni Chinese πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™. Sememangnya kesian depa ni sebab dapat sebilik dengan aku, dah laa perangai pelik-pelik, barang tak reti kemas, suka bising sebab derek duk nyanyi dan yang paling penting aku suka kacau orang. Hahaha. Sabar je laa dengan perangai aku nihh.

Tu je la kut aku nak cerita, sebab payah nak taip pakai phone. Nanti lepas raya aku bawak laptop kat sini aku sambung panjang sikit. Byee πŸ‘‹πŸ™Œ

 Ambil pemandangan dekat atas bukit kmpk. 😍

Jannah (depan), dari kiri belakang Jiashin, aku dan Hazirah.

Kucing yang paling comel dekat kmpk tapi sombong 😭.

Kami dah jumpa ufo!!! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Roommate aku iaitu Maisarah, Hazirah... sorang lagi Jiashin tapi takde time kami snap gambar ni. 

That's all. πŸ™Œ


Sabtu, 26 Mac 2016

Sweet 18


Sweet 18
Baru dua hari lepas ja birthday aku berlalu maka dengan itu, genap lah usia ku 18 tahun. Terima kasih sangat kepada kawan-kawan yang tak lupa ulang tahun kelahiran ku ini dengan mendoakan agar aku berjaya, panjang umur, ditetapkan iman dan dimurahkan rezeki. Itu sangat-sangat bermakna sekali dan tak lupa jugak akak-akak angkat yang sangat prihatin memberikan kata-kata semangat untukku meneruskan perjuangan hidup ini. (cewaah^_^). Paling terharu sekali cikgu Aida a.k.a cikgu masa sekolah rendah aku pun siap ingat lagi birthday aku. Terima kasih sesangat. Nak kata sambut birthday tu tak la, dapat hadiah pun tak. Hahaha padan muka. Tapi tak kisah la yang penting ada jugak yang ingat kat kita.
            Petang tu tetiba dapat mesej daripada Hani a.k.a kawan lama darjah enam, katanya nak jumpak alaa kat kedai nasuha depan sekolah tak sampai beberapa jengkai ja dari rumah aku. Rindu katanya. Tak apalah, aku pun pi. Dapat la kami sembang cerita-cerita lama dulu tambah sembang result aku yang tak seberapa. Hahaha. Kalau dak kami nak jumpak kat kedai makan tapi dah lepak kedai nasuha jadi malaih la nak bergerak. Dari pertemuan satu tu Hani bukak satu group whatsapp maka lebih ramailah lagi kawan lama yang jejak kasih. Bagi aku la, kawan sekolah rendah is the best jika dibandingkan dengan sekolah menengah. Bila ungkit ja kisah bebudak rasa dia lain macam sikit.
            Tiada siapa yang harus dipersalahkan dalam perpisahan ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Depa semua pun dah ada hidup masing-masing. Kalau ada rezeki boleh la jumpak masa sambung study nanti tapi aku ingat aku nak ambik form 6 ja la. Tak payah susah-susah nak hutang asalkan dapat menuntut ilmu sudah. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat kawan-kawan. Love you.
Dari kiri: Hani, Jannah, Nasuha, aku

Isnin, 8 Februari 2016

Sudoku sumber anjakan minda



Tajuk pun sungguh gempak bukan? Tapi bukan nak tunjuk gempak pasal tajuk tu. Ni nak cerita pasal Sudoku. Rasanya ramai yang dah tahu pasal permainan ni. Tapi tahukah segempak mana permainan ni sampai aku pun terjebak main sekali sampai ke hari ini?

            Sudoku adalah sebuah permainan menyusun nombor yang mudah. Kenapa? Sebab tidak memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikannya, hanya pemikiran logik. Matlamatnya adalah untuk mengisi 9x9 tapak barisan, kolum dan setiap wilayah yang terbina daripada 3x3 tapak dengan set nombor 1 hingga 9, dan setiap satu nombor ini tidak boleh diulang penggunaannya! Permainan yang menjadi kegilaan ramai di serata dunia ini pasti akan mendatangkan “ketagihan” (macam aku) sehingga anda tidak mahu mengalah dalam menyelesaikannya. Namun jangan sesekali terpedaya dengan penampilannya yang ringkas. Ada ketikanya anda akan “tewas” dalam beberapa cabarannya yang tiada belas kasihan!

            Ok, tu memang over sangat. Tapi serious ni nak habaq, bila hampa dah main permainan ni sekali dan boleh jawab, kemungkinan hampa akan ke cabaran seterusnya.Tapi  bila tak dapat jawab atau pun bertemu dengan jalan buntu, tu yang rasa tercabar tu. Kadang-kadang ada jugak rasa macam mustahil ja nak selesaikannya.Tapi bila aku selami strategi yang selalu orang guna ni, beban tu kurang la jugak. Orang tu namakan strategi ni X-Wing, XY-Wing dan Swordfish. Perhh, tapi ni tak sama macam chicken wing naa…

            Nak cerita pasal strategi ni mungkin panjang berjela dan ambil masa yang lama. Bagi aku, terdapat dua cara untuk menyelesaikan permainan Sudoku ni. Hampa boleh hafal secara logik semua calon yang “mungkin” bagi setiap tapak, barisan, kolum dan wilayah, atau kalau ingatan tak berapa kuat baik catat semua calon berkenaan.

            Tu satu, satu lagi lebih baik hampa menggunakan proses penyingkiran bagi menyelesaikan Sudoku. Ini mengingatkan kita kepada panduan awal bermain Sudoku, iaitu menandakan dengan pensel setiap calon yang “mungkin” bagi setiap tapak, barisan, kolum dan wilayah.

            Baca keterangan aku tu pun dah cukup rumit bukan? Tapi maklumlah, nama pun permainan sumber anjakan minda. Mana tak peningnya. Bagi yang faham tu bagus dan yang tak faham tu boleh cuba lagi atau mencuba sendiri permainan Sudoku ni.

            Sudoku ni lagi best bila hampa main ramai-ramai. Dari situ kita dapat memupuk lagi hubungan silaturahim dan daya saing antara satu sama lain. Mana tidaknya, semua akan berlumba-lumba untuk merebut tempat pertama dalam menyelesaikan permainan ni. Dari situ kita dapat tau sapa yang terer dan sapa yang tak terer. Ala, macam cabar-mencabar antara satu sama lain. Bila ada yang lalu atau nampak hampa duk main mesti rasa nak main jugak. Aku ingat lagi masa tu, bila ada masa lapang sikit, aku akan ajak abang-abang dan kakak aku main sekali. Time tu kami memang macam musuh sebenar yang bersaing nak menang ja. Paling lawak bila adik aku nak main sekali dan pada hakikatnya dia pi tiru jawapan belakang. Hahaha…

            Tak lupa jugak kat kawan-kawan sekolah rendah macam Hani, Syaza, Afiqah, Suhada dan Fikri. Depa semua ni yang selalu main sekali dengan aku bila cikgu tak masuk kelas. Depa semua ni terpengaruh daripada aku la ni.

            Sekian lama jugak aku tak ada kawan yang nak main sekali dengan aku permainan Sudoku ni. Tambah-tambah lagi bila dah bersekolah menengah. Susah nak dapat orang yang sekepala dengan aku yang agak pelik ni. Tapi apa-apa pun tu bukan penghalang aku nak main permainan ni. Sesorang pun boleh layan pa. Tak tahu la bila nak berhenti. By the way, sapa yang suka permainan ni macam aku, semoga kita dipertemukan dan dapat main sama-sama. The End.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   


^_^


Assalamualaikum gaiss! Lama betul aku tak update blog ni. Boleh dikatakan dalam 2-3 tahun gitu. Bukannya apa, dulu struggle untuk SPM sampai takdak masa untuk menaip. Apa-apa pun, sekarang nak cerita pasal “kehidupan selepas SPM”. Aku dulu bukan main lagi sembang dengan kawan-kawan nak ambik lesen sama-sama la, kerja sama-sama la, outing sama-sama la tapi akhirnya sekarang ni aku sendirian jugak. Kalau kita senasib tu biasalah. Lumrah seorang pelajar. Selain daripada kawan-kawan, banyak benda lain yang kita kena fikirkan untuk teruskan hidup. Aku sekarang ni dalam dilema nak ambil kos mana yang sesuai untuk aku sambung belajar kat u nanti. Jangan duk fikir minat ja. Kena jugak ambil tahu tentang peluang pekerjaan bila dah graduate nanti. Selain itu, kena jugak fikir tentang persaingan yang bakal ditempuhi nanti. Sambung belajar tu insya-Allah boleh dapat beb. Tapi pilihan tu yang menentukan sama ada kita boleh pergi jauh ataupun tidak. Kalau silap pilih nanti tak pasai-pasai kena lelong macam tu ja. Dah rugi. Ni aku nak share information sikit pasal dasar pengambilan pelajar program pengajian lepasan SPM/SETARAF. Baiklah, untuk pengetahuan semua, ilmu ni aku dapat lepas pergi “Karnival Pendidikan Tinggi Negara” bersama program “Jom Masuk IPT”.
1.    SYARAT PERMOHONAN
a)   Syarat Am
Pemohon bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
i.              Warganegara Malaysia
ii.             Memiliki kelayakan SPM/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (GRED C) termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.
b)   Syarat Khas Program
Calon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang ditetapkan oleh IPTA/Politeknik Premier.
2.    BILANGAN PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN DALAM PERMOHONAN
BIL
KELAYAKAN
JUMLAH PILIHAN
JUMLAH PILIHAN WAJIB
JUMLAH PILIHAN PROGRAM TEMU DUGA
1
SPM
8
8
4
3.    KRITERIA PEMILIHAN
ΓΌ  Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.
ΓΌ  Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program dipohon.
ΓΌ  Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan.
ΓΌ  Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan.
ΓΌ  Lulus temu duga/ujian kelayakan bagi program pengajian yang bertemu duga.
ΓΌ  Bilangan tempat yang disediakan.
4.    KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT
a)    Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
b)    Markah Akademik (90%): Berdasarkan lapan (8) mata pelajaran sahaja, iaitu lima (5) mata pelajaran utama dan tiga (3) mata pelajaran terbaik.
c)    Markah Kokurikulum (10%): Berdasarkan pemarkahan yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penglibatan aktiviti dalam empat (4) komponen iaitu Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.
5.    DASAR PENENTUAN ALIRAN
a)    Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu:
i.          Aliran Sains
ii.         Aliran Sastera
b)    Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut:
ALIRAN SAINS
ALIRAN SASTERA
Matematik
Bahasa Melayu
Matematik Tambahan
Matematik
Fizik
Sains
Kimia
Sejarah
Biologi atau mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Pertanian / Teknologi Maklumat / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan
Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
6.    PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MARKAH MERIT
a)    Kaedah pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran. Gred dan nilai gred adalah seperti berikut:






GRED
NILAI
A+
18
A
16
A-
14
B+
12
B
10
C+
8
C
6
D
4
E
2
G
0
b)    Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut:
i.              90 markah bagi 5 mata pelajaran utama; dan
ii.             30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

ALIRAN SAINS
 


Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains:
i.              90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
a)    Matematik
b)    Matematik Tambahan
c)    Fizik
d)    Kimia
e)    Biologi atau mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Pertanian / Teknologi Maklumat / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan
DAN
ii.             30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

ALIRAN SASTERA
 


                           Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera:
i.          90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
a)    Bahasa Melayu
b)    Matematik
c)    Sains
d)    Sejarah
e)    Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
DAN
ii.         30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.







7.    PENYEDIAAN SUSUNAN MERIT
i.              Susunan Merit disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
ii.             Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira;
iii.            Jika masih ‘tie’ jumlah Gred (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira.
CATATAN: MAKLUMAT INI TERTAKLUK KEPADA PINDAAN
8.    PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
a)    Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Dalam Pembentukan Sahsiah
ΓΌ Aktiviti Kokurikulum disertai bukan semata-mata untuk mendapat ganjaran markah dalam permohonan ke IPTA/ Politeknik Premier.
ΓΌ Aktiviti ini diadakan untuk mengimbangiperkembangan individu secara menyeluruh sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek JASMANI, EMOSI, ROHANI dan INTELEK.
ΓΌ Penglibatan secara langsung pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat memupuk keyakinan jati diri, kebolehan berinteraksi dan sosialisasi, keupayaan mengurus diri dan kumpulan, kepimpinan serta perkembangan sahsiah yang murni secara berterusan.
ΓΌ Melahirkan generasi yang sihat, cergas, patriotic serta berwawasan.
ΓΌ Secara jangka panjang aktiviti kokurikulum yang disertai di sekolah akan membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dengan berkeyakinan, bermotivasi, berketerampilan dan berpersonaliti unggul.
9.    DASAR PENGAMBILAN BAGI KATEGORI SETARAF SPM
a)    Permohonan yang menggunakan sijil yang diiktiraf setaraf SPM oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dibenarkan untuk memohon program pengajian Lepasan SPM/Setaraf.
b)    Sijil yang dimaksudkan adalah Sijil GCE O Level, Sijil Institut Pertanian, Sijil Politeknik, Sijil Renjer Hutan, Sijil Pra UiTM dan lain-lain.
c)    Pemohon yang menggunakan Sijil Setaraf dikategorikan dalam Kategori C.
d)    Pemohon Kategori C perlu mengemukakan maklumat permohonan berserta Salinan sijil dan dokumen berketerangan sendiri kepada IPTA/ Politeknik Premier pilihan.
e)    Pemilihan pemohonan Kategori C dibuat oleh IPTA/ Politeknik Premier berdasarkan kelayakan yang dikemukakan, lulus temu duga dan bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA/ Politeknik Premier.
f)     Pengiraan merit permohon Kategori C berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Senat Universiti.
Sekian sahaja maklumat yang dapat aku kongsi. Semoga ilmu ini berguna kepada lepasan SPM macam aku. Malas baca pun takpa, janji hampa nanti tau kenapa hampa tak dapat ka apa. Apa-apa pun semoga berjaya di masa hadapan kita. Insya-Allah.