Sabtu, 25 Jun 2016

Third week at college

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Bermula hari ini genap laa 3 minggu aku berada di Kolej Matrikulasi Perak (kmpk). Tak sangka kan rezeki aku selepas spm dapat sambung matrik pulak. Sememangnya upu yang aku isi pun dapat jugak, pilihan pertama gitu iaitu sains aktuari di uitm tapah. Walaupun dapat upu apa yang aku nak, bila difikirkan balik biar laa sambung matrik dulu sebab tak perlu tanggung hutang dua kali kan. Lagi pun matrik ni dapat elaun, belajar pun setahun je kut... so di sini jimat duit, jimat masa laa.

Buat masa ni kehidupan aku kat matrik best sebab kawan-kawan kat sini tak ubah seperti keluarga aku sendiri. Depa la yang banyak bantu aku, layan perangai aku, sekepala, susah senang bersama dan macam-macam larh. Senang cerita so far so good. Hahaha

Cara belajar di sini aku tak tau lagi sebab baru 3 minggu kutt. Tapi bagi aku yang kelahiran anak jati utagha memang ada kejutan bahasa laa sebab kat kmpk ni kebanyakannya cakap biasa saja, takdak la loghat pekat macam aku nih. Tapi it's ok, depa pun suka bila aku cakap macam tu... unik gitu. 😂😂😂. Apa-apa pun kat sini aku kena practice speaking english laa sebab classmates aku semua pandai-pandai speaking terutama sekali Chinese dan Indian.

Alright, sekarang cakap pasal rakan sebilik pulak. Semuanya ada 4 orang satu bilik dan sorang dalam bilik aku ni Chinese 😙😙😙. Sememangnya kesian depa ni sebab dapat sebilik dengan aku, dah laa perangai pelik-pelik, barang tak reti kemas, suka bising sebab derek duk nyanyi dan yang paling penting aku suka kacau orang. Hahaha. Sabar je laa dengan perangai aku nihh.

Tu je la kut aku nak cerita, sebab payah nak taip pakai phone. Nanti lepas raya aku bawak laptop kat sini aku sambung panjang sikit. Byee 👋🙌

 Ambil pemandangan dekat atas bukit kmpk. 😍

Jannah (depan), dari kiri belakang Jiashin, aku dan Hazirah.

Kucing yang paling comel dekat kmpk tapi sombong 😭.

Kami dah jumpa ufo!!! 😂😂😂
Roommate aku iaitu Maisarah, Hazirah... sorang lagi Jiashin tapi takde time kami snap gambar ni. 

That's all. 🙌


Tiada ulasan:

Catat Ulasan