Sweet 18


Sweet 18
Baru dua hari lepas ja birthday aku berlalu maka dengan itu, genap lah usia ku 18 tahun. Terima kasih sangat kepada kawan-kawan yang tak lupa ulang tahun kelahiran ku ini dengan mendoakan agar aku berjaya, panjang umur, ditetapkan iman dan dimurahkan rezeki. Itu sangat-sangat bermakna sekali dan tak lupa jugak akak-akak angkat yang sangat prihatin memberikan kata-kata semangat untukku meneruskan perjuangan hidup ini. (cewaah^_^). Paling terharu sekali cikgu Aida a.k.a cikgu masa sekolah rendah aku pun siap ingat lagi birthday aku. Terima kasih sesangat. Nak kata sambut birthday tu tak la, dapat hadiah pun tak. Hahaha padan muka. Tapi tak kisah la yang penting ada jugak yang ingat kat kita.
            Petang tu tetiba dapat mesej daripada Hani a.k.a kawan lama darjah enam, katanya nak jumpak alaa kat kedai nasuha depan sekolah tak sampai beberapa jengkai ja dari rumah aku. Rindu katanya. Tak apalah, aku pun pi. Dapat la kami sembang cerita-cerita lama dulu tambah sembang result aku yang tak seberapa. Hahaha. Kalau dak kami nak jumpak kat kedai makan tapi dah lepak kedai nasuha jadi malaih la nak bergerak. Dari pertemuan satu tu Hani bukak satu group whatsapp maka lebih ramailah lagi kawan lama yang jejak kasih. Bagi aku la, kawan sekolah rendah is the best jika dibandingkan dengan sekolah menengah. Bila ungkit ja kisah bebudak rasa dia lain macam sikit.
            Tiada siapa yang harus dipersalahkan dalam perpisahan ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Depa semua pun dah ada hidup masing-masing. Kalau ada rezeki boleh la jumpak masa sambung study nanti tapi aku ingat aku nak ambik form 6 ja la. Tak payah susah-susah nak hutang asalkan dapat menuntut ilmu sudah. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat kawan-kawan. Love you.
Dari kiri: Hani, Jannah, Nasuha, aku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Buat Sifir Tanpa Menghafalnya

INFO DADAH

My Life