Isnin, 12 Disember 2016

Jalan-jalan Cameron Highland

Baru-baru ini aku sekeluarga ada melawat Cameron Highland. Ini masuk kali ketiga aku melawat tanah tinggi ni. Kali pertama aku melawat di tanah tinggi ini pada tahun 2013 iaitu pada masa aku tingkatan 3. Maklumlah kalau dulu sekolah memang memanjang ada lawatan jaa. Kebetulan ada duit sikit masa tu ikut laa classmates pergi Cameron Highland. Bagi aku kat Cameron Highland ni tak banyak yang berubah, dari segi suhunya, tempat melawatnya, makanannya dan buah tangannya memang tak banyak yang berubah kecuali harganya jalahh…hahaha.. maklumlah ekonomi sekarang kan tak menentu.

             Banyak benda best boleh buat kat Cameron nihh.. Kalau rasa banyak duit, boleh haa merasa berbagai-bagai jenis makanan kat sana seperti aiskrim, teh, coklat strawberi, nasi lemak sambal strawberi opss 😂 dan macam-macam lagi lah. Tak lupa jugak korang kalau boleh kat sana memang tempat best shopping. Bukan apa, kat sana ada macam-macam lah benda comel yang buat hampa rasa nak beli. Aku pun tak terkecuali beli bantal laa, t-shirt laa, dompet laa, keychain laa dan macam-macam lahh… habis duit aku, hahaha.

             Kalau Cameron Highland tanpa pokok-pokok dan bunga-bungaan memang tak sah. Aku paling suka tengok bunga banyak kat sana yang berbagai-bagai jenis warna, bentuk dan spesies. Bab spesies ni memang aku tak sempat nak menelaah satu-satu, kalau korang nak tahu baik korang gerak sendiri ke Cameron Highland sendiri okeyy. Tapi serius aku cakap bunga-bunga kat sini memang lawa rasa macam nak bawak balik rumah jaa. Tapi apakan daya, bunga-bunga ni semua tertanam di tanah tinggi Cameron Highland jaa, nak bawak balik memang tak boleh… mati reput jaa nanti, hahaha. Pastu apa lagi swafoto jaalaa dengan bunga-bunga nih semua. Boleh jugak tatap selalu buat kenangan, hahaha.

      Okeyy, sampai di sini sahaja cerita aku. Ngantuk nak tidur. Esok ada kelas yang menjadi simbol sem 2 mula esok... huwaaa😭 Feeling sad kejap sambil layan gambar kenangan manis di Cameron Highland. Bye!



Aku dan ladang teh
Pokok
bunga
Aku dan pokok bunga
Aiskrim strawberi
Bunga-bungaan

p/s: maaf sebab buat caption semua hambar, moga terhibur 😁