Isnin, 8 Februari 2016

‘Addmath Dalam Kenangan’



Kenapa Addmath tetiba ni? Ha, ni nak habaq mai ni. Dulu time sekolah aku ada ambik subjek ni dan merupakan antara mata pelajaran yang paling aku minat kat sekolah. Selain dapat mencabar kebolehan berfikir kita, Addmath juga mampu memupuk semangat kerjasama antara rakan-rakan. Jangan gelak dulu, tak habis lagi aku nak cerita ni.

            Aku ingat lagi 5R1 (2015 a.k.a kelas aku), masa tu kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan yang cikgu Siti bagi. Banyak tu banyak la jugak, tapi cikgu Siti bagi masa dalam seminggu untuk siapkan. Tengok betapa baiknya cikgu. Tapi yang tak boleh blahnya soalan tu bukan main susah lagi. Boleh dikatakan masa kat kelas lain bebenor dengan soalan cikgu bagi ni. Tapi itulah orang kata, usaha tangga kejayaan. Kami rakan seperjuangan bergilir-gilir tanya kat cikgu. Bila dah tau cara nak buat macam mana, kami yang tau ni akan share ilmu dengan kawan-kawan yang lain supaya depa semua buat kerja cikgu. Nanti tak pasai-pasai ada yang tak buat dengan alasan ‘tak tau’.

            Lain pulak aku, aku tak akan tanya soalan kat cikgu macam tu saja. Aku mesti ambil masa untuk aku faham betul-betul dengan teori yang cikgu ajar. Lambat tu memang lambat tapi fikir sendiri dengan suruh orang fikir tu lain beb. Haa, kalau tak faham jugak la kan, tak leh give up macam tu ja. Aku mesti belek semua buku Addmath turun-temurun dari kakak aku yang sulung. Dan ending nya bukan selalu gembira. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang dak. Tu la lumrah orang nak pikiaq sendiri. Bila betul-betul tak dapat, baru aku akan tanya kawan-kawan yang lain macam Amin, Syafiqah, Norlin, Hafizzah, Amirul, Azreen, Abidah, Anis, Farziana, Sarah, Syarmim, Fadzrell, Jannah, Balkis, Teah, Mimi, Aida, Alif dan lain-lain supaya aku tak bengong sesorang macam tu ja.

            Ada kalanya bila kami sekelas tak tau, kami tanya kat kelas sebelah pulak. Then, bila tak tau jugak, baru tanya kat cikgu. Bukannya takmau tanya kat cikgu awal-awal lagi, tapi maklumlah ni homework kami biarlah kami usaha sendiri. Asyik nak harapkan cikgu ja bila nak maju.

            Ni bukan nak riak ka apa. Aku tak pandai mana pun Addmath ni. Tapi minat tu yang bawa aku jauh pasal Addmath ni. Kebanyakan soalan Addmath ni kita kena selami dari mata hati kita. Tak boleh kalau kita nak cepat-cepat siap. Mungkin hari ini kita boleh buat soalan tu. Tapi seminggu kemudian kita tak dapat jawab walaupun soalan yang sama. Hal ini kerana, lepas kita penat fikir soalan tu, kita dah anggap kita dah boleh jawab. Padahal kita tak faham betul-betul pun soalan tu. Tu yang bila soalan yang sama keluar, tak boleh-boleh jugak jawab.

            Dalam ketekunan menuntut ilmu Addmath ni, rasa tak puas hati tu ada la jugak. Maaf la kalau aku ada salah silap kat hampa. Kalau hampa tak puas hati asyik-asyik aku ja score Addmath habaq mai. Aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kalau sebelum ni aku ada kedekut ilmu ka kat hampa aku mintak maaf sangat-sangat. Kadang-kadang ada yang sampai tunggu aku online kat whatsapp sebab nak tanya soalan kat aku tu aku mintak maaf sangat-sangat. Kadang-kadang ada yang saja aku larikan diri pun ada. Maaf na.

            Tapi semenjak dah habis SPM, Addmath dah tak ganggu hidup aku. Kalau tidak, ada saja kalkulator di tangan, pensel di jari, buku di meja dan yang paling banyak ialah habuk pemadam bertebangan. Kalau soalan melibatkan formula, siap dengan formula-formula tu aku lekat kat dinding. Kenangan kan. Aku rasa persahabatan pun boleh tambah erat dengan Addmath. Mana taknya, kat sekolah bincang Addmath face to face. Kat rumah bincang jugak tapi phone to phone. Kadang-kadang free sikit buat study group to group.

            Bagi aku la, cabaran paling besar sekali aku kena tempuh masa rakan-rakan yang lain tanya soalan kat aku time aku ada kerja berlungguk tak siap lagi. Tu kena tabah banyak tu. Tak boleh la nak fikir diri sendiri ja. Kena jugak fikir pasal orang lain. Nasib la aku ni fleksible ( Mimi aja yang tau). Boleh ajar orang lain tapi pada masa yang sama aku boleh siapkan kerja aku. Tu la cabaran paling besar kut. Nanti tak pasal-pasal kerja orang siap, kerja aku tak siap-siap.

            Baru aku perasan, sikit gambar pun takdak kan kita study Addmath teruk-teruk. Tapi itu bukan masalahnya sekarang. Kenangan tetap kenangan. Kalau cerita pasal Addmath ni sampai bila pun tak habis seperti tiada penyelesaian dalam Addmath. Dua tahun saja dah boleh buat kita rapat macam ni. Kepada cikgu-cikgu yang mengajar Addmath, aku mewakili kelas 5R1 nak habaq cikgu memang ‘terbaik!’ Semoga memori ni kekal dalam ingatan kita. Buat rakan-rakan sekelas yang baca, aku sebenarnya rindu dengan Addmath lagi. Tak payah la nak sembang belakang yang aku poyo ka, fanatic ka, komen yang sedap-sedap sudah la.  Yang mana tak tau ni aku (Arifah), mungkin suatu hari nanti hampa tau jugak. *Insya-Allah. Salah silap aku, aku mohon maaf. Bagi junior yang baru nak up tu, kalau terbaca ambil la contoh kisah kami ni sebagai aspirasi buat hampa yang bakal berkenalan dengan Addmath. Hahaha….
            
5R1


Tiada ulasan:

Catat Ulasan