Isnin, 8 Februari 2016

^_^


Assalamualaikum gaiss! Lama betul aku tak update blog ni. Boleh dikatakan dalam 2-3 tahun gitu. Bukannya apa, dulu struggle untuk SPM sampai takdak masa untuk menaip. Apa-apa pun, sekarang nak cerita pasal “kehidupan selepas SPM”. Aku dulu bukan main lagi sembang dengan kawan-kawan nak ambik lesen sama-sama la, kerja sama-sama la, outing sama-sama la tapi akhirnya sekarang ni aku sendirian jugak. Kalau kita senasib tu biasalah. Lumrah seorang pelajar. Selain daripada kawan-kawan, banyak benda lain yang kita kena fikirkan untuk teruskan hidup. Aku sekarang ni dalam dilema nak ambil kos mana yang sesuai untuk aku sambung belajar kat u nanti. Jangan duk fikir minat ja. Kena jugak ambil tahu tentang peluang pekerjaan bila dah graduate nanti. Selain itu, kena jugak fikir tentang persaingan yang bakal ditempuhi nanti. Sambung belajar tu insya-Allah boleh dapat beb. Tapi pilihan tu yang menentukan sama ada kita boleh pergi jauh ataupun tidak. Kalau silap pilih nanti tak pasai-pasai kena lelong macam tu ja. Dah rugi. Ni aku nak share information sikit pasal dasar pengambilan pelajar program pengajian lepasan SPM/SETARAF. Baiklah, untuk pengetahuan semua, ilmu ni aku dapat lepas pergi “Karnival Pendidikan Tinggi Negara” bersama program “Jom Masuk IPT”.
1.    SYARAT PERMOHONAN
a)   Syarat Am
Pemohon bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
i.              Warganegara Malaysia
ii.             Memiliki kelayakan SPM/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (GRED C) termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.
b)   Syarat Khas Program
Calon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang ditetapkan oleh IPTA/Politeknik Premier.
2.    BILANGAN PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN DALAM PERMOHONAN
BIL
KELAYAKAN
JUMLAH PILIHAN
JUMLAH PILIHAN WAJIB
JUMLAH PILIHAN PROGRAM TEMU DUGA
1
SPM
8
8
4
3.    KRITERIA PEMILIHAN
ü  Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.
ü  Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program dipohon.
ü  Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan.
ü  Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan.
ü  Lulus temu duga/ujian kelayakan bagi program pengajian yang bertemu duga.
ü  Bilangan tempat yang disediakan.
4.    KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT
a)    Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
b)    Markah Akademik (90%): Berdasarkan lapan (8) mata pelajaran sahaja, iaitu lima (5) mata pelajaran utama dan tiga (3) mata pelajaran terbaik.
c)    Markah Kokurikulum (10%): Berdasarkan pemarkahan yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penglibatan aktiviti dalam empat (4) komponen iaitu Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.
5.    DASAR PENENTUAN ALIRAN
a)    Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu:
i.          Aliran Sains
ii.         Aliran Sastera
b)    Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut:
ALIRAN SAINS
ALIRAN SASTERA
Matematik
Bahasa Melayu
Matematik Tambahan
Matematik
Fizik
Sains
Kimia
Sejarah
Biologi atau mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Pertanian / Teknologi Maklumat / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan
Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
6.    PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MARKAH MERIT
a)    Kaedah pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran. Gred dan nilai gred adalah seperti berikut:






GRED
NILAI
A+
18
A
16
A-
14
B+
12
B
10
C+
8
C
6
D
4
E
2
G
0
b)    Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut:
i.              90 markah bagi 5 mata pelajaran utama; dan
ii.             30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

ALIRAN SAINS
 


Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains:
i.              90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
a)    Matematik
b)    Matematik Tambahan
c)    Fizik
d)    Kimia
e)    Biologi atau mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Pertanian / Teknologi Maklumat / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan
DAN
ii.             30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

ALIRAN SASTERA
 


                           Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera:
i.          90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
a)    Bahasa Melayu
b)    Matematik
c)    Sains
d)    Sejarah
e)    Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
DAN
ii.         30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.







7.    PENYEDIAAN SUSUNAN MERIT
i.              Susunan Merit disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
ii.             Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira;
iii.            Jika masih ‘tie’ jumlah Gred (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira.
CATATAN: MAKLUMAT INI TERTAKLUK KEPADA PINDAAN
8.    PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
a)    Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Dalam Pembentukan Sahsiah
ü Aktiviti Kokurikulum disertai bukan semata-mata untuk mendapat ganjaran markah dalam permohonan ke IPTA/ Politeknik Premier.
ü Aktiviti ini diadakan untuk mengimbangiperkembangan individu secara menyeluruh sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek JASMANI, EMOSI, ROHANI dan INTELEK.
ü Penglibatan secara langsung pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat memupuk keyakinan jati diri, kebolehan berinteraksi dan sosialisasi, keupayaan mengurus diri dan kumpulan, kepimpinan serta perkembangan sahsiah yang murni secara berterusan.
ü Melahirkan generasi yang sihat, cergas, patriotic serta berwawasan.
ü Secara jangka panjang aktiviti kokurikulum yang disertai di sekolah akan membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dengan berkeyakinan, bermotivasi, berketerampilan dan berpersonaliti unggul.
9.    DASAR PENGAMBILAN BAGI KATEGORI SETARAF SPM
a)    Permohonan yang menggunakan sijil yang diiktiraf setaraf SPM oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dibenarkan untuk memohon program pengajian Lepasan SPM/Setaraf.
b)    Sijil yang dimaksudkan adalah Sijil GCE O Level, Sijil Institut Pertanian, Sijil Politeknik, Sijil Renjer Hutan, Sijil Pra UiTM dan lain-lain.
c)    Pemohon yang menggunakan Sijil Setaraf dikategorikan dalam Kategori C.
d)    Pemohon Kategori C perlu mengemukakan maklumat permohonan berserta Salinan sijil dan dokumen berketerangan sendiri kepada IPTA/ Politeknik Premier pilihan.
e)    Pemilihan pemohonan Kategori C dibuat oleh IPTA/ Politeknik Premier berdasarkan kelayakan yang dikemukakan, lulus temu duga dan bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA/ Politeknik Premier.
f)     Pengiraan merit permohon Kategori C berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Senat Universiti.
Sekian sahaja maklumat yang dapat aku kongsi. Semoga ilmu ini berguna kepada lepasan SPM macam aku. Malas baca pun takpa, janji hampa nanti tau kenapa hampa tak dapat ka apa. Apa-apa pun semoga berjaya di masa hadapan kita. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan