Jumaat, 22 Disember 2017

Permudahkanlah...


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kawan-kawan. Harini saya nak update mengenai kos yang saya ceburi untuk degree (ijazah sarjana muda) . Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini dan banyak kali dah diri ini mahu menyerah diri. Tapi itulah setiap manusia telah janjikan rezekinya masing-masing oleh Allah S.W.T. Dengan itulah aku sahut cabaran ini walaupun ianya amat perit untuk diceritakan apatah lagi untuk diharungi. Cewah ayat ^_^.

                Setelah saya Berjaya menamatkan pengajian di kolej matrikulasi, saya bercadang untuk menceburi bidang ICT. Sememangnya saya isi dalam upu kos ada kena mengena komputer bla bla blaa… Bagi saya, bidang yang melibatkan pengiraan atau formula memang saya cepat faham dan boleh bawa.

                Cuma nak dijadikan cerita, saya ubah pilihan kos saya dengan kos sarjana muda fisioterapi di saat-saat akhir dan kebetulan memang saya dapat kos tu. Pada mulanya saya seronok sebab saya pilih kos ni atas kerelaan diri saya memandangkan mak saya selalu sakit kaki jadi manalah tahu saya boleh bantu mak saya dengan menceburi bidang fisioterapi.

                Sayang sekali pada mulanya saya mimpikan yang indah sahaja tapi akhirnya tak sangka belajar benda ni sememangnya susah sebab banyak gila perkara yang perlu dihafal. Tambahan lagi, saya sudah laa tak suka berkomunikasi dengan orang pastu tetiba kena ubah cara hidup saya 360 darjah untuk memberi khidmat sepenuh jiwa raga dari segi fizikal dan mental. Allahu…

                Sekarang saya masih di sem 1 masih tak dapat melihat hala tuju kehidupan saya dan berharap semua ini akan berakhir dengan cepat. Saya jenis yang tak suka mengeluh tapi dah jadi macam ni saya dah tak tahu nak cerita kat siapa. Semoga Allah mempermudahkan saya boleh membawa kos ini dengan jayanya sebab bagi saya apabila sudah terjebak saya pantang berundur. Sekian.

Sabtu, 16 September 2017

Top 5 My Favourite Movie Website

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua ^_^ Harini nak update sikit pasal hobi aku yang dikatakan tak lekang dek zaman lagi iaitu website movie yang selalu menjadi pilihan aku. Sebagai student, sumber hiburan utama kami selain tidur tak lain dan tak bukan adalah tengok movie laa... Kat sini aku nak share serba sedikit sindiket movie yang aku selalu layan. Ini untuk movie english sahaja.

1. http://www.fmovies.io/
2. http://afdah.to/
3. https://gomovies.net/
4. https://123moviesfull.co/
5. http://sockshare.net/

Sememangnya aku tulis kali ni ringkas dan padat sebab aku tahu korang bukan rajin nak baca sangat. Tips aku kalau nak download boleh guna torch untuk pc dan kalau phone boleh guna uc browser sangat mudah dan pantas.
Untuk yang suka subtitle korang boleh download berasingan di subscene nanti korang extract sahaja okeyy. Sekiannnn terima kasih.

Khamis, 7 September 2017

My favorite lecturer in matriculation

SUATU HARI NANTI…
Assalamualikum pembaca blog sekalian. Di sini aku nak bercerita sedikit pasal sir yang mengajar aku matematik di matrik pada suatu ketika dahulu. Berbelit ayat kali ni sebab exited nak cerita pasal sir kesayangan aku. Nama sir ini ialah Sir David. Orangnya kurus kering, sempoi dan minat dalam sukan jogging. Apa istimewanya sir sampai aku nak kongsi di sini??? Haaaa… nak habaq laa ni.
                Tiap-tiap kali masuk kelas tak kira lah waktu kuliah kaa, tutoran kaa ataupun lab, lecturer yang lain semestinya akan mengajar menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk subjek yang diajar. Berbeza dengan sir, kaedah penyampaian sir sangat sempoi sekali. Ada-ada sahaja idea sir untuk usik pelajarnya. Kadang-kadang sir masuk kelas dengan tangan kosong sahaja, tanpa buku, kertas, mahupun pen tetapi pengisiannya didalam kelas tetap memberangsangkan. Banyak kali jugak la sir akan bawak makanan untuk kami sekelas masa waktu tutorannya dan sir izinkan pelajarnya makan sambil belajarr matematik.

                Sir sangat mengambil berat pasal pelajarnya walaupun kerja sir bertimbun dengan banyak masalah tak settle lagi. Aku jenis yang dalam kelas pendiam jaa, lepastu sir akan sengaja usik aku supaya aku bersuara. Tak cukup dalam kelas, sir akan usik dalam group Whatsapp sehingga sekarang  walaupun aku dah habis matrik. Sir akan usik aku dengan Hilmi yang bagi maggi dalam lecture masa birthday aku haritu. Lepastu memandangkan aku ni jenis yang pendiam, sir akan bagi ayat “diam-diam ubi berisi” dan sir jangkakan akulah orang pertama kahwin dalam ramai-ramai classmates aku. Bagi aku, sir ni happy go lucky orangnya dan aku rasa ni lah sir yang paling sporting dah ajar aku matematik untuk kedua-dua sem di matrik. Suatu hari nanti bila aku nak kahwin, aku akan jemput sir datang dan sir janji yang sir akan datang  kesemua majlis perkahwinan dalam kelas tu dengan syarat kena kahwin tak lebih 10 tahun akan datang. Hahaha


 
Gambar bersama sir David. I'm gonna miss everyone. Sobb sob😭

Cara mudah baca dan faham

KONSEP PEMBACAAN
·         Maksud Pembacaan
Mendapatkan maklumat dari buku atau mengasimilasi tulisan, perkataan atau perhubungan individu dengan maklumat melalui pembelajaran visual yang melalui beberapa peringkat:
1.       Pengetahuan
Pembaca mesti tahu symbol huruf abjad. Ia mesti wujud sebelum pembacaan berlaku.
2.       Asimilasi
Proses fizikal yang melibatkan pembalikan cahaya dari perkataan yang diterima oleh mata dan diterjemahkan oleh saraf optic pada otak.
3.       Intergrasi Dalaman
Pemahaman asas yang melibatkan semua bahagian maklumat yang dibaca dengan bahan-bahan berkaitan.
4.       Intergrasi Luaran
Merangkumi analisis, kritikan, penghargaan atau penentangan. Satu proses yang menyebabkan gabungan seluruh pengetahuan lama dengan pengetahuan baru.
5.       Penyimpanan Maklumat
Penyimpanan maklumat selalu menjadi masalah kepada pembaca. Penyimpanan maklumat penting untuk membantu murid mengeluarjan kembali maklumat semasa peperiksaan.
6.       Pengeluaran Maklumat
Kebolehan mengeluarkan maklumat apabila dikehendaki.
7.       Komunikasi
Keperluan untuk menggunakan bahan-bahan yang dibaca terutamanya keupayaan berfikir.

MASALAH PEMBACAAN
Masalah berhubung dengan pembacaan

·         Penglihatan
·         Kelajuan
·         Pemahaman
·         Motivasi diri
·         Faktor masa
·         Sukar menganalisi
·         Tidak gemar membaca
·         Kurang konsentrasi
·         Jumlah perkataan
·         Menyimpan maklumat
·         Persekitaran tidak merangsangkan pembacaan
·         Bacaan melompat ke belakang
·         Perbendaharaan kata
·         Mengingat kembali

SEBAB MASALAH PEMBACAAN TIMBUL
v  Cuba membaca setiap perkataan
v  Pergerakan mata lambat
v  Tidak faham apa yang dibaca
v  Tidak memberi tumpuan dengan apa yang dibaca
v  Gangguan luar seperti bunyi bising
v  Cuba menyebut setiap perkataan
v  Penglihatan kabur
v  Lemah pembendaharaan kata
v  Tiada motivasi
v  Malas membaca
v  Membaca melompat-lompat

PETUA MEMBACA DENGAN BAIK
1.       Niatkan membaca
Bisikan pada hati bahawa anda membaca untuk menambah ilmu dan anda memohon kepada Allah agar memudahkan anda faham serta ingat pada apa yang and abaca. Mulakan dengan membaca Bismillah dan membaca doa.
2.       Tenang
Duduk dengan cara yang menyelesakan anda. Belakang ditegakkan agar anda dapat belajar membaca dan bernafas dengan betul dan selesa.
3.       Beri tumpuan
Cuba berada dalam suasana yang memudahkan anda membaca tanpa gangguan seperti elakkan dari membaca berhampiran dengan tingkap. Fokus kepada apa yang sedang anda baca. Kalau boleh anda elakkan dari sebarang bentuk gangguan dan kebisingan. Beri tumpuan penuh terhadap bahan yang dibaca. Boleh sediakan soalan membaca dan pilih jawapan kepada soalan ketika membaca.
4.       Kedudukan buku
Jika anda membaca dengan cara menjauhkan buku dari mata anda, ianya bukan sahaja berfaedah menjaga kesihatan mata, malah ia juga membolehkan anda membaca dengan lebih pantas dan mengingat dengan lebih baik kerana anda dapat gambaran seluruh muka surat. Kedudukan buku sebaik-baiknya adalah 46cm-60cm.
5.       Gerakkan mata
Cara membaca yang betul ialah mata sahaja yang bergerak dan bukannya kepala. Gunakan jari telunjuk untuk membantu anda ketika membaca iaitu untuk menolong anda menunjukkan ayat-ayat yang and abaca.
6.       Perkataan
Membaca hendaklah dilakukan dengan “mengenal” bukannya “mengeja”. Apabila bertemu perkataan sukar hendaklah merujuk kamus.
7.       Kelajuan
Kelajuan sederhana merupakan cara yang baik untuk membaca secara umumnya. Dan cuba sesuaikan kelajuan membaca itu dengan susah senangnya bahan yang and abaca. Elakkan daripada membaca dengan terlalu laju dan terlalu perlahan. Baca cepat untuk mendapatkan idea utama.

[Itu sahaja perkongsian saya harap kita mendapat manfaat darinya... Thanks sudi baca 😆]

Sabtu, 13 Mei 2017

Petua membuat nota

Memandangkan saya pun tak lama lagi akan mula melangkah ke alam universiti, oleh itu persediaan dari segi fizikal dan mental harus dilakukan supaya tak terkejut dangan suasana yang baru nanti. Kali ini saya nak kongsikan 10 petua membuat nota.

1. Jangan tulis semua yang anda baca/dengar.
2. Gunakan kata kunci atau ayat pendek sahaja.
3. Gunakan perkara sendiri yang anda faham.
4. Kaji bahan terlebih dahulu sebelum mula membuat nota.
5. Gunakan tanda dan singkatan yang selaras.
6. Tinggalkan keterangan dan kenyataan umum.
7. Jangan bimbang jika tertinggal isi.
8. Jangan buat nota di atas carikan kertas.
9. Baca dan kemaskini sebaik sahaja nota siap.
10. Ulangkaji nota selalu

Faedah mencatat nota

  • Meningkatkan kemampuan mengingat
  • Dapat menyimpan ilmu dengan lebih tersusun
  • Tingkatkan minat dan mengurangkan bosan
  • Tingkatkan prestasi 3x ganda

Peringkat membuat nota 

1. Nota sebelum kuliah
2. Nota semasa kuliah
3. Nota selepas kuliah
4. Nota tambahan
5. Nota pindahan

Peta minda

Anda juga boleh membuat nota dalam bentuk peta minda seperti yang disarankan teknik pembelajaran abad ke-21

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai peta minda tersebut boleh klik Peta pemikiran abad ke-21 

 
Antara contoh peta minda zaman sekolah aku  

Kucing is my soul

Kucing ni comel, tapi ada orang yang geli laa, rimas laa, takut laa... Mrmm. Kalau pasal asma ke faham laa jugak. Tapi yang sebab tak munasabah ni.

Kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Sepatutnya kita haruslah menyayangi jugak haiwan yang satu ini. Secara tidak langsung akan memupuk perasaan kasih sayang kita terhadap haiwan.

Tapikan, bila aku baik sangat dengan kucing sampai bagi depa masuk rumah bagai, mak aku akan marah. Bukan apa, diorang ni bila kita kasi muka banyak mulalah berak dalam rumah, tidur atas katil, curi ikan mak baru goreng dan macam-macam lagilah jenayah. Kadang-kadang kalau diorang buat jenayah, aku berusaha tutup supaya mak tak tahu... Hahaha

Yang best pasal kucing, bila aku cakap dengan diorang kadang-kadang diorang lebih memahami aku. Bila aku cerita benda-benda sedih, diorang pun macam rasa apa yang aku rasa. Bukan tu ja, aku jugak suka tengok tingkah laku diorang, masa diorang makan, masa diorang minum, masa diorang main, masa diorang mandi dan paling best kacau masa diorang tidur...

Aku suka kacau kucing-kucing tengah tidur terutamanya 'Blick'. Bila dia tidur macam-macam style dia suka buat... Tangan kat atas laa, terlentang laa, tidur sambil tindih kawan dia laaa.... Dan bila Blick taknak tidur dia terganggu oleh aku, dia akan tidur di tempat-tempat yang tinggi, susah untuk kacau... Bila difikirkan balik, dulu aku suka sangat kacau ketiak Blick yang tidur sambil angkat tangan... Hahaha.

Tapi apa-apa pun, Blick dah lama pergi... Blick yang aku kenal dahulu seekor kucing yang penyayang sebab dia jaga adik dia, sweet sebab pandai ambik hati aku, hensem sebab memang dia pandai bergaya, caring sebab dia selalu ambil berat pasal abang-abang dia... Bulu dia warna hitam, kaki dia ada stoking, ekor dia macam bengkok tapi pendek aje.

Maaflah gambar Blick saya tak boleh kongsikan sebab buat masa ini bila saya ternampak gambar Blick saya akan sedih...

Kucing arrogant bulu hitam manis 

Jumaat, 12 Mei 2017

Minat sangat 😘

Hai semua! Harini nak bagitau saya minat satu pelakon korea ni, namanya Lee Jong Suk. Biasalah tu, dekat matrik pun dulu ada orang sekepala dengan aku jugak yang minat dia nih. Bukan orang jauh pun, roommate sendiri jugak... Nama dia Maisarah.

Pernah sekali tu, aku kirim gif ni kat dia.
 
Bukan main lagi dia menjerit. Ya Allah, minat betul si Mai ni kat dia. 

Aku minat Lee Jong Suk ni pun lepas tengok drama Dr. Stranger. Lepas tu angau kejap tengok pulak Pinocchio. Masa kat matrik sibuk memanjang tak sempat nak sentuh drama W.. mrmm 

Yang paling bestnya dia ni, banyak lakonan drama yang dia jadi hero semua best. Dia boleh bawak lakonan lawak, sedih, cute, macho, serius dan macam-macam lagi lahh... Dia pun berbakat jadi model. Kenapalah comel sangat dia nihh? Kbye

Khamis, 11 Mei 2017

My Twitter Account

Hi, good morning guys! Tak kisah laa pagi ka, malam ka, petang, hai jugak 😜...

Buat pembaca-pembaca semua *kalau ada*, saya nak memperkenalkan ini lah akaun Twitter saya.
Kalau suka boleh follow, kalau tak nak boleh tutup sajaa. Kat sini saya nak share kenapa saya suka Twitter...

1. Boleh share benda-benda menarik hanya click di button "retweet"
2. Boleh luahkan perasaan dengan men"tweet" dan bestnya takde sapa kisah
3. Boleh tahu benda apa yang trending sekarang
4. Boleh stalk crush buat apa, ada awek ke belum
5. Boleh mintak public retweet untuk undi ke, dare ke... Dare paling kelakar sebab public mesti akan support

Well, ini saja sebab kenapa aku sayang sangat akaun Twitter aku... Anda boleh follow kalau sudi dan kalau taknak tutup je.

Titisan mutiara

Akhirnya tamat juga pengajian aku di Kolej Matrikulasi Perak. Memang banyak kenangan manis dan pahit dilalui bersama sahabat-sahabat yang baru berjumpa. Orang kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan adalah satu perkara yang sangat pahit dilepaskan. Di sini membuatkan hati aku sebak bila aku berjumpa Aina buat kali terakhir.
Masa makan malam budak kuliah
Masa itu last paper bio. Kami sekelas memang rancang nak tangkap gambar sekali. Tapi bila terpandang Aina dari jauh aku dah mula rasa sebak sebab lepas ni mungkin dah takda orang nak layan movie sama-sama, dah takda orang yang boleh study sama-sama, dah takda orang nak mengadu penat, lapar, bosan... Bila Aina datang dekat aku terus peluk dia, pastu secara automatically air mata aku menitis dan tak boleh berhenti. 

Aina cakap sambil gelak, "Pah, kenapa nangis ni? Alaa... Nanti-nanti boleh jumpak lagi... Jangan la emo sangat, hahaha"

Tapi apa-apa pun aku tetap sedih bila hang takdak Aina, nghhee tah laa kenapa aku emo sangat masa tu. Malu kut sebab classmates lain selamber jaaa, aku ja nangis teresak-esak.

Ahad, 22 Januari 2017

Tak sabar nak balik... huaa

"Nak balik, nak balik, nak balik!" Tetiba rasa nak balik pulak. mrmmm.... hahaha. Tiket balik sudah ku beli tinggal waktunya tiba saja lagi. Kalau nak ikutkan ada lebih kurang seminggu ja lagi nak cuti raya cina. Tapi itulah, makin kita tunggu makin lama jadinya masa berlalu. cewahh hahaha... Jadi kesimpulannya dah tau nak cuti tu buat la semua homework siap+siap sebab balik nanti tak payah lah bawak buku berat-berat batu, yang perlu dipikul beribu-ribu batu untuk kunjung tiba di rumah. 
              Pesanan buat diri sendiri yang suka menyendiri, diam seribu bahasa, kelu lidah pabila bersuara, blur 100% niiii... tolonglah bercakap hahahah, tolonglah something pun jadilah... rasa diam sangat pun ada kahkahhkah. Muet is coming. Jadi friendly la sikit. Tak tahu kau tanya ja diorang . hahaha. k gerak dulu. Selamat bercuti. Selamat tahun baru cina.