Sabtu, 13 Mei 2017

Petua membuat nota

Memandangkan saya pun tak lama lagi akan mula melangkah ke alam universiti, oleh itu persediaan dari segi fizikal dan mental harus dilakukan supaya tak terkejut dangan suasana yang baru nanti. Kali ini saya nak kongsikan 10 petua membuat nota.

1. Jangan tulis semua yang anda baca/dengar.
2. Gunakan kata kunci atau ayat pendek sahaja.
3. Gunakan perkara sendiri yang anda faham.
4. Kaji bahan terlebih dahulu sebelum mula membuat nota.
5. Gunakan tanda dan singkatan yang selaras.
6. Tinggalkan keterangan dan kenyataan umum.
7. Jangan bimbang jika tertinggal isi.
8. Jangan buat nota di atas carikan kertas.
9. Baca dan kemaskini sebaik sahaja nota siap.
10. Ulangkaji nota selalu

Faedah mencatat nota

  • Meningkatkan kemampuan mengingat
  • Dapat menyimpan ilmu dengan lebih tersusun
  • Tingkatkan minat dan mengurangkan bosan
  • Tingkatkan prestasi 3x ganda

Peringkat membuat nota 

1. Nota sebelum kuliah
2. Nota semasa kuliah
3. Nota selepas kuliah
4. Nota tambahan
5. Nota pindahan

Peta minda

Anda juga boleh membuat nota dalam bentuk peta minda seperti yang disarankan teknik pembelajaran abad ke-21

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai peta minda tersebut boleh klik Peta pemikiran abad ke-21 

 
Antara contoh peta minda zaman sekolah aku  

Kucing is my soul

Kucing ni comel, tapi ada orang yang geli laa, rimas laa, takut laa... Mrmm. Kalau pasal asma ke faham laa jugak. Tapi yang sebab tak munasabah ni.

Kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Sepatutnya kita haruslah menyayangi jugak haiwan yang satu ini. Secara tidak langsung akan memupuk perasaan kasih sayang kita terhadap haiwan.

Tapikan, bila aku baik sangat dengan kucing sampai bagi depa masuk rumah bagai, mak aku akan marah. Bukan apa, diorang ni bila kita kasi muka banyak mulalah berak dalam rumah, tidur atas katil, curi ikan mak baru goreng dan macam-macam lagilah jenayah. Kadang-kadang kalau diorang buat jenayah, aku berusaha tutup supaya mak tak tahu... Hahaha

Yang best pasal kucing, bila aku cakap dengan diorang kadang-kadang diorang lebih memahami aku. Bila aku cerita benda-benda sedih, diorang pun macam rasa apa yang aku rasa. Bukan tu ja, aku jugak suka tengok tingkah laku diorang, masa diorang makan, masa diorang minum, masa diorang main, masa diorang mandi dan paling best kacau masa diorang tidur...

Aku suka kacau kucing-kucing tengah tidur terutamanya 'Blick'. Bila dia tidur macam-macam style dia suka buat... Tangan kat atas laa, terlentang laa, tidur sambil tindih kawan dia laaa.... Dan bila Blick taknak tidur dia terganggu oleh aku, dia akan tidur di tempat-tempat yang tinggi, susah untuk kacau... Bila difikirkan balik, dulu aku suka sangat kacau ketiak Blick yang tidur sambil angkat tangan... Hahaha.

Tapi apa-apa pun, Blick dah lama pergi... Blick yang aku kenal dahulu seekor kucing yang penyayang sebab dia jaga adik dia, sweet sebab pandai ambik hati aku, hensem sebab memang dia pandai bergaya, caring sebab dia selalu ambil berat pasal abang-abang dia... Bulu dia warna hitam, kaki dia ada stoking, ekor dia macam bengkok tapi pendek aje.

Maaflah gambar Blick saya tak boleh kongsikan sebab buat masa ini bila saya ternampak gambar Blick saya akan sedih...

Kucing arrogant bulu hitam manis 

Jumaat, 12 Mei 2017

Minat sangat 😘

Hai semua! Harini nak bagitau saya minat satu pelakon korea ni, namanya Lee Jong Suk. Biasalah tu, dekat matrik pun dulu ada orang sekepala dengan aku jugak yang minat dia nih. Bukan orang jauh pun, roommate sendiri jugak... Nama dia Maisarah.

Pernah sekali tu, aku kirim gif ni kat dia.
 
Bukan main lagi dia menjerit. Ya Allah, minat betul si Mai ni kat dia. 

Aku minat Lee Jong Suk ni pun lepas tengok drama Dr. Stranger. Lepas tu angau kejap tengok pulak Pinocchio. Masa kat matrik sibuk memanjang tak sempat nak sentuh drama W.. mrmm 

Yang paling bestnya dia ni, banyak lakonan drama yang dia jadi hero semua best. Dia boleh bawak lakonan lawak, sedih, cute, macho, serius dan macam-macam lagi lahh... Dia pun berbakat jadi model. Kenapalah comel sangat dia nihh? Kbye

Khamis, 11 Mei 2017

My Twitter Account

Hi, good morning guys! Tak kisah laa pagi ka, malam ka, petang, hai jugak 😜...

Buat pembaca-pembaca semua *kalau ada*, saya nak memperkenalkan ini lah akaun Twitter saya.
Kalau suka boleh follow, kalau tak nak boleh tutup sajaa. Kat sini saya nak share kenapa saya suka Twitter...

1. Boleh share benda-benda menarik hanya click di button "retweet"
2. Boleh luahkan perasaan dengan men"tweet" dan bestnya takde sapa kisah
3. Boleh tahu benda apa yang trending sekarang
4. Boleh stalk crush buat apa, ada awek ke belum
5. Boleh mintak public retweet untuk undi ke, dare ke... Dare paling kelakar sebab public mesti akan support

Well, ini saja sebab kenapa aku sayang sangat akaun Twitter aku... Anda boleh follow kalau sudi dan kalau taknak tutup je.

Titisan mutiara

Akhirnya tamat juga pengajian aku di Kolej Matrikulasi Perak. Memang banyak kenangan manis dan pahit dilalui bersama sahabat-sahabat yang baru berjumpa. Orang kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan adalah satu perkara yang sangat pahit dilepaskan. Di sini membuatkan hati aku sebak bila aku berjumpa Aina buat kali terakhir.
Masa makan malam budak kuliah
Masa itu last paper bio. Kami sekelas memang rancang nak tangkap gambar sekali. Tapi bila terpandang Aina dari jauh aku dah mula rasa sebak sebab lepas ni mungkin dah takda orang nak layan movie sama-sama, dah takda orang yang boleh study sama-sama, dah takda orang nak mengadu penat, lapar, bosan... Bila Aina datang dekat aku terus peluk dia, pastu secara automatically air mata aku menitis dan tak boleh berhenti. 

Aina cakap sambil gelak, "Pah, kenapa nangis ni? Alaa... Nanti-nanti boleh jumpak lagi... Jangan la emo sangat, hahaha"

Tapi apa-apa pun aku tetap sedih bila hang takdak Aina, nghhee tah laa kenapa aku emo sangat masa tu. Malu kut sebab classmates lain selamber jaaa, aku ja nangis teresak-esak.