Khamis, 11 Mei 2017

Titisan mutiara

Akhirnya tamat juga pengajian aku di Kolej Matrikulasi Perak. Memang banyak kenangan manis dan pahit dilalui bersama sahabat-sahabat yang baru berjumpa. Orang kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan adalah satu perkara yang sangat pahit dilepaskan. Di sini membuatkan hati aku sebak bila aku berjumpa Aina buat kali terakhir.
Masa makan malam budak kuliah
Masa itu last paper bio. Kami sekelas memang rancang nak tangkap gambar sekali. Tapi bila terpandang Aina dari jauh aku dah mula rasa sebak sebab lepas ni mungkin dah takda orang nak layan movie sama-sama, dah takda orang yang boleh study sama-sama, dah takda orang nak mengadu penat, lapar, bosan... Bila Aina datang dekat aku terus peluk dia, pastu secara automatically air mata aku menitis dan tak boleh berhenti. 

Aina cakap sambil gelak, "Pah, kenapa nangis ni? Alaa... Nanti-nanti boleh jumpak lagi... Jangan la emo sangat, hahaha"

Tapi apa-apa pun aku tetap sedih bila hang takdak Aina, nghhee tah laa kenapa aku emo sangat masa tu. Malu kut sebab classmates lain selamber jaaa, aku ja nangis teresak-esak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan