Khamis, 7 September 2017

My favorite lecturer in matriculation

SUATU HARI NANTI…
Assalamualikum pembaca blog sekalian. Di sini aku nak bercerita sedikit pasal sir yang mengajar aku matematik di matrik pada suatu ketika dahulu. Berbelit ayat kali ni sebab exited nak cerita pasal sir kesayangan aku. Nama sir ini ialah Sir David. Orangnya kurus kering, sempoi dan minat dalam sukan jogging. Apa istimewanya sir sampai aku nak kongsi di sini??? Haaaa… nak habaq laa ni.
                Tiap-tiap kali masuk kelas tak kira lah waktu kuliah kaa, tutoran kaa ataupun lab, lecturer yang lain semestinya akan mengajar menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk subjek yang diajar. Berbeza dengan sir, kaedah penyampaian sir sangat sempoi sekali. Ada-ada sahaja idea sir untuk usik pelajarnya. Kadang-kadang sir masuk kelas dengan tangan kosong sahaja, tanpa buku, kertas, mahupun pen tetapi pengisiannya didalam kelas tetap memberangsangkan. Banyak kali jugak la sir akan bawak makanan untuk kami sekelas masa waktu tutorannya dan sir izinkan pelajarnya makan sambil belajarr matematik.

                Sir sangat mengambil berat pasal pelajarnya walaupun kerja sir bertimbun dengan banyak masalah tak settle lagi. Aku jenis yang dalam kelas pendiam jaa, lepastu sir akan sengaja usik aku supaya aku bersuara. Tak cukup dalam kelas, sir akan usik dalam group Whatsapp sehingga sekarang  walaupun aku dah habis matrik. Sir akan usik aku dengan Hilmi yang bagi maggi dalam lecture masa birthday aku haritu. Lepastu memandangkan aku ni jenis yang pendiam, sir akan bagi ayat “diam-diam ubi berisi” dan sir jangkakan akulah orang pertama kahwin dalam ramai-ramai classmates aku. Bagi aku, sir ni happy go lucky orangnya dan aku rasa ni lah sir yang paling sporting dah ajar aku matematik untuk kedua-dua sem di matrik. Suatu hari nanti bila aku nak kahwin, aku akan jemput sir datang dan sir janji yang sir akan datang  kesemua majlis perkahwinan dalam kelas tu dengan syarat kena kahwin tak lebih 10 tahun akan datang. Hahaha


 
Gambar bersama sir David. I'm gonna miss everyone. Sobb sob😭

Tiada ulasan:

Catat Ulasan