Isnin, 8 Februari 2016

Sudoku sumber anjakan minda



Tajuk pun sungguh gempak bukan? Tapi bukan nak tunjuk gempak pasal tajuk tu. Ni nak cerita pasal Sudoku. Rasanya ramai yang dah tahu pasal permainan ni. Tapi tahukah segempak mana permainan ni sampai aku pun terjebak main sekali sampai ke hari ini?

            Sudoku adalah sebuah permainan menyusun nombor yang mudah. Kenapa? Sebab tidak memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikannya, hanya pemikiran logik. Matlamatnya adalah untuk mengisi 9x9 tapak barisan, kolum dan setiap wilayah yang terbina daripada 3x3 tapak dengan set nombor 1 hingga 9, dan setiap satu nombor ini tidak boleh diulang penggunaannya! Permainan yang menjadi kegilaan ramai di serata dunia ini pasti akan mendatangkan “ketagihan” (macam aku) sehingga anda tidak mahu mengalah dalam menyelesaikannya. Namun jangan sesekali terpedaya dengan penampilannya yang ringkas. Ada ketikanya anda akan “tewas” dalam beberapa cabarannya yang tiada belas kasihan!

            Ok, tu memang over sangat. Tapi serious ni nak habaq, bila hampa dah main permainan ni sekali dan boleh jawab, kemungkinan hampa akan ke cabaran seterusnya.Tapi  bila tak dapat jawab atau pun bertemu dengan jalan buntu, tu yang rasa tercabar tu. Kadang-kadang ada jugak rasa macam mustahil ja nak selesaikannya.Tapi bila aku selami strategi yang selalu orang guna ni, beban tu kurang la jugak. Orang tu namakan strategi ni X-Wing, XY-Wing dan Swordfish. Perhh, tapi ni tak sama macam chicken wing naa…

            Nak cerita pasal strategi ni mungkin panjang berjela dan ambil masa yang lama. Bagi aku, terdapat dua cara untuk menyelesaikan permainan Sudoku ni. Hampa boleh hafal secara logik semua calon yang “mungkin” bagi setiap tapak, barisan, kolum dan wilayah, atau kalau ingatan tak berapa kuat baik catat semua calon berkenaan.

            Tu satu, satu lagi lebih baik hampa menggunakan proses penyingkiran bagi menyelesaikan Sudoku. Ini mengingatkan kita kepada panduan awal bermain Sudoku, iaitu menandakan dengan pensel setiap calon yang “mungkin” bagi setiap tapak, barisan, kolum dan wilayah.

            Baca keterangan aku tu pun dah cukup rumit bukan? Tapi maklumlah, nama pun permainan sumber anjakan minda. Mana tak peningnya. Bagi yang faham tu bagus dan yang tak faham tu boleh cuba lagi atau mencuba sendiri permainan Sudoku ni.

            Sudoku ni lagi best bila hampa main ramai-ramai. Dari situ kita dapat memupuk lagi hubungan silaturahim dan daya saing antara satu sama lain. Mana tidaknya, semua akan berlumba-lumba untuk merebut tempat pertama dalam menyelesaikan permainan ni. Dari situ kita dapat tau sapa yang terer dan sapa yang tak terer. Ala, macam cabar-mencabar antara satu sama lain. Bila ada yang lalu atau nampak hampa duk main mesti rasa nak main jugak. Aku ingat lagi masa tu, bila ada masa lapang sikit, aku akan ajak abang-abang dan kakak aku main sekali. Time tu kami memang macam musuh sebenar yang bersaing nak menang ja. Paling lawak bila adik aku nak main sekali dan pada hakikatnya dia pi tiru jawapan belakang. Hahaha…

            Tak lupa jugak kat kawan-kawan sekolah rendah macam Hani, Syaza, Afiqah, Suhada dan Fikri. Depa semua ni yang selalu main sekali dengan aku bila cikgu tak masuk kelas. Depa semua ni terpengaruh daripada aku la ni.

            Sekian lama jugak aku tak ada kawan yang nak main sekali dengan aku permainan Sudoku ni. Tambah-tambah lagi bila dah bersekolah menengah. Susah nak dapat orang yang sekepala dengan aku yang agak pelik ni. Tapi apa-apa pun tu bukan penghalang aku nak main permainan ni. Sesorang pun boleh layan pa. Tak tahu la bila nak berhenti. By the way, sapa yang suka permainan ni macam aku, semoga kita dipertemukan dan dapat main sama-sama. The End.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan