My Life


Lama sudah rasanya tak menaip. Apatah lagi menulis cerita. Bukannya takde idea ke apa, tapi masanya tiada.
                Rasanya baik straight to the point ja apa dalam kepala hotak aku sekarang. Aku nak cerita panjang-panjang memang tak laa. Tapi nak start dari mana hahh?
                Baik mulakan cerita pasal sem 1 yang baru habis ni, sebelum ianya basi ditelan zaman. Hahaha.
                Nama pun baru sem 1, ada apa ja… Sapa yang cakap macam tu haa, sem 1 laa penting, keperitan baru nak bermula. Memandangkan aku kat matrik ni ada 2 sem jaa, sem 1 ni sangat berharga. Sem 1 ni lah yang menentukan masa depan aku untuk sambung belajar nanti. Kalau pointer aku bagus, dah tentu-tentu senang ja nak isi upu nanti. Tapi kalau teruk, habislah…


Okey, tak nak cerita yang tu. Nak cerita classmate ar. Tudia wajah-wajah classmates aku. Bagi aku depa semua baik-baik belaka, sporting-sporting belaka, pandai-pandai belaka dan lawa-lawa belaka. Depa lah yang banyak dorong aku belajar dalam suasana yang baru.  Bukan senang aku nak sesuaikan diri apabila kena belajar semua dalam bahasa inggeris. Depa-depa ni lah banyak men’translate’ kat aku perkataan yang aku tak berapa nak paham.

Ni pulak Afiqah. Kat sini aku rasa dialah yang jadi kawan baik aku. Kami selalu study sama-sama, lepak sama-sama dan ada masalah pun sama-sama. Afiqah ni terer makeup uolls. Tengok sekali saja dia tau urat ni patut pakai lipstick warna ni, kulit macam ni kena pakai foundation nih, ngheee macam-macam lah. Afiqah jugak terer subjek bi, jadi memang banyak bendalah aku selalu rujuk dia kalau tak paham itu ini. Memandangkan aku terer bab-bab math ja, dia pulak akan tanya aku math. Bagi aku, dialah satu-satunya kawan yang berhati lembut. Selama kami berkawan, aku selalu tengok dia bagi makan kucing laa, kadang-kadang benda-benda simple pun dia selalu terasa sampai menangis kat aku, tapi bila part dia happy aku paling seronok sekali.

Bila weekend pulak, aku suka lepak dengan Yana. Kami selalu tengok movie sama-sama. Sebelum ni ada la jugak riadah pagi-pagi. Hahaha. Aku rapat dengan Yana pun sebab Yana ni kawan Mai roommate aku. Pastu Yana ni jugak roommate Anis kawan sekolah aku. Disebabkan selalu berjumpa, kami jadi kawan baik. Sebenarnya dalam diam-diam aku nih, aku kagum dengan dia. Aku kagum sebab dia kemas, walaupun masa kat matrik ni sangat padat, terhad dan singkat. Macam mana haa nak habaq, mrmm… senang cerita Yana ni tak serabutlah. Hahaha. Paling geram sekali sebab suara dia lembut sangat. Pastu sebut huruf “s” tak jadi. Mula-mula dulu rasa kelakar tapi dah lama-lama benda tu biasa jaa.


Paling lama masa aku terluang dengan sapa lagi kalau tak dengan roommate sendiri. Depa lah yang sanggup tahan bila aku buat bising, buat semak, buat perangai pelik-pelik dan tidoq. Selalu kami lepak tiga jaa… Jiashin selalu takde dalam bilik. Kalau Jia dalam bilik, masing-masing kena behave, takut-takut kami ganggu dia study… hahaha. First sekali nak cerita pasal zira. Ada benda aku pelik dengan dia nih. Dah lama dah perghati. Dia jenis yang tak bukak whatsapp, tapi selalu dengan phone. Dia buat apa dengan phone dia tuh? Takpe lah, asalkan dia bahagia… Aku bersyukur sangat dapat roommate macam zira nih. Bukannya apa, bagi aku dia ni baik sangat. Kalau hang tak makan lagi nanti tak lama dia tolong belikan makanan kat hang. Kalau hang ada masalah ka apa, nanti dia mulalah bagi nasihat tu ini. Sampai kami panggil dia ‘mak’ larh. Hahaha. Kalau aku dengan Mai, dua-dua perangai nak dekat sama jaa. Masa ja berbeza. Time aku rajin dia malas, time aku malas dia rajin. Dia layan korea, aku pulak layan movie. Time aku baca buku bio dia tidoq, aipp… hahaha. Sorry Mai. Tapi dia ja boleh tahan benda karut-marut yang aku buat tanpa pengetahuan zira. Hohho… Apa-apa pun, aku dah anggap depa sebahagian daripada family aku dah. Kalau tak dak depa, sah-sah aku ‘bosang’ macam sekarang cuti sem haa.              

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Buat Sifir Tanpa Menghafalnya

INFO DADAH